Tuesday 6 March 2012

marahhhhhhhhhhhh!!!!!!


katakanlah pada diri “marah bukan sifatku”. Katakan berulang kali sambil cuba menenangkan hati.
Ayat itu akan bertindak menjadi afirmasi buat minda anda. Bila diucapkan sebanyak mungkin, ia akan diserap oleh fikiran lalu masuk ke minda.

Setelah mengucapkannya banyak kali, marah Anda akan beransur-ansur mengurang kerana Anda telah katakan pada diri sendiri, marah bukan sifatku, marah bukan sifatku. Marah akan hilang kerana marah bukan sifat diri Anda yang sebenarnya. Ayat simple ini baik untuk mengusir marah tatkala perasaan marah mula menguasai kita. "
assalamualaikum...
haiiiii..hari ni sya nk share ckit tentang article psl marah!!!!!!
hehehe...actually sya ni xske la mrh2 org xtentu psl..
but then kdg2 tu ble thp kemarahan tu da melebihi kapasitinya, meletup juga!!!
kekekeke~~^^
tapi xdela sampai 24-7 nk mrh je kn..kang org kate kite gilo..kekeke~~
ok la, mrh ni sbrnye trjadi disebabkan :
Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah: rasa bangga diri, takjub kepada peribadi sendiri, berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas, bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.
Lima lagi puncanya ialah gemar berbantah dalam sesuatu perkara, khianat, tamak kepada harta juga pangkat, gagal mengendalikan nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati. 

Marah adalah satu emosi yang terdapat di dalam diri semua manusia termasuk Nabi-Nabi dahulu. Sifat marah ini kadang-kadang dapat mengubah diri kita menjadi seseorang yang kita sendiri pun tidak suka.

Adakah anda tahu bahawa Nabi SAW tidak pernah menengking atau memaki umat-umatnya? Ini adalah kerana dia menghilangkan marahnya dengan sifatnya yang sabar dan tawakal.

Di bawah adalah cara untuk menghilangkan sifat marah jika terjadi pada diri kita.

1 - Ubah Posisi Kedudukan Anda

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring..

(Riwayat Muslim)

2 - Berwuduk

Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)

3 - Minum air.

4 - Mendiamkan diri ketika marah.

5 - Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6 - Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat sesuai. 
7 - Sentiasa Berfikiran positif.

8 - Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan
daripada memekik atau bertindak garang.

9 - Bawa bertenang seperti menarik nafas. 

10 - Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan. 
ok la bloggers, sya nk surf net jap...
heeee..nti sya update lg blog ok... =)
c u soooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~~

assalamualaikum...
LOVE,norsya
xoxo

No comments:

Post a Comment

HELLO KITTY glam post^^